Bagi memastikan kecemerlangan akademik, profesionalisme, dan keberkesanan pengurusan di Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB), beberapa objektif kualiti telah digariskan. Objektif ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan pengurusan institusi secara berterusan, selaras dengan piawaian akreditasi, keperluan industri, dan jangkaan pihak berkepentingan.
Objektif Kualiti MGSEB merangkumi:
80% staf mendapat markah LNPT sekurang-kurangnya 85%.
75% daripada pensyarah berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau berkelayakan setaraf dengannya.
Program pengajian akademik disemak semula sekurang-kurangnya 5 tahun sekali.
Skor penilaian pengajaran kursus oleh pelajar sekurang-kurangnya mecapai skala 4.0 untuk semua kategori penilaian (kursus, pensyarah, fasiliti, e-pembelajaran, ketelusan menjawab.
Sekurang-kurangnya 93% graduan mendapat pekerjaan setelah 6 bulan bergraduat.
68% pensyarah sebagai penyelidikan utama dalam geran penyelidikan.