Fakulti bertanggungjawab dalam pembelajaran dan latihan graduan serta pascasiswazah, pengajaran, perkhidmatan, pengurusan, pembangunan pelajar, dan keusahawanan yang berkesan agar memenuhi kehendak pemegang taruh melalui usaha memartabatkan ilmu sebagai tonggak kesejahteraan global melalui:

1. Pelajar

Menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi bagi memenuhi standard akademik dan memberi sokongan menyeluruh terhadap kebajikan, pembelajaran serta pembangunan pelajar.

2. Staf

Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta persekitaran kerja yang dinamik dan kondusif bagi pembangunan potensi diri staf, di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan seluruh warga universiti.

3. Masyarakat

Memastikan peranan fakulti kekal relevan dalam menyokong usaha pendidikan sepanjang hayat dan kesedaran serta keupayaan masyarakat berteraskan keusahawanan.

4. Industri

Menjalinkan kerjasama pintar yang kukuh dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan industri melalui aktiviti perundingan, pengkormersialan hasil penyelidikan dan pembudayaan keusahawanan dan perniagaan.

5. Pengajaran/Akademik

Menyediakan program pengajian yang berkualiti, relevan dengan memenuhi keperluan industri dan membangunan kurikulum yang bersesuian bagi memenuhi kebolehpasaraan graduan.

6. Keusahawanan

Mewujudkan elemen keusahawan melalui program pengajian yang merentasi semua bidang pengajian.

7. Tadbir urus dan Kewangan

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra pelanggan dan mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah dan berintegriti tinggi.