Program ini telah berjaya menerima akreditasi antarabangsa daripada The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, A 21st Century Organization (ABEST21) bermula 1 April 2026, sekali gus meletakkannya sebaris dengan universiti terkemuka di peringkat global serta mengiktiraf program ini sebagai program yang memenuhi standard antarabangsa dalam pendidikan perniagaan.

Pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa dedikasi, komitmen serta sokongan berterusan daripada para pensyarah, pelajar, alumni yang dihargai serta seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah memberikan sumbangan besar terhadap kejayaan dan pembangunan program ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai MGSEB:

Facebook: https://www.facebook.com/mgsebumkofficial
Instagram: www.instagram.com/mgsebumkofficial
TikTok: www.tiktok.com/@mgsebumkofficial
YouTube: www.youtube.com/@mgsebumkofficial

#mgsebumkofficial #umkinfo #EntrepreneurshipUniversity #UMK4u1hati1jiwa #MalaysiaMadani