mgseblogo
Tuesday, 15 August 2017 00:00

MGSEB COLLOQUIUM 1/2017 BERTEMAKAN "BUSINESS STRESS

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PENGANJURAN COLLOQUIUM 1/2017 BERTEMAKAN "BUSINESS STRESS" OLEH MGSEB

 

Disediakan oleh: Dr. Adi Aizat Yajid

Kolokium Malaysia Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) kali pertama bagi tahun 2017, atau juga disebut sebagai Colloquium MGSEB 1/2017, telah diadakan pada 27 April 2017. Dengan mengenengahkan tema ‘Business Stress’, kolokium kali ini memberi focus kepada aspek tekanan di dalam perniagaan. Sudut pandangan perbincangan bagi kolokium kali ini tidak ditekankan kepada mana-mana disiplin, sebaliknya ia memberi fokus kepada paksi perbincangan iaitu tema kolokium tersebut. Pelbagai sudut perbincangan menjadi pilihan para peserta termasuklah disiplin keusahawanan, sumber manusia, ekonomi dan perundangan. Sebanyak kurang lebih  43 kertas pembentangan diterima dari para pembentang yang terdiri rata-rata dari pelajar MGSEB dan staf MGSEB. Kolokium kali ini juga dihadiri oleh sejumlah peserta yang terdiri dari para pejalar MGSEB dan staf MGSEB. Juga memeriahkan kolokium adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman dan Prof. Madya Dr. Torehman @ Rosmaini bin Tasmin dari Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang hadir sebagai peserta bagi kolokium tersebut.

Kolokium MGSEB 1/2017 dimulakan dengan ucaptama dari Dekan MGSEB, Prof. Madya Dr. Nora’ani binti Mustapha. Antara kandungan ucaptama dari Dekan MGSEB adalah perlunya pembudayaan perkongsian ilmu menerusi pelbagai medium yang ada di dalam bidang akademik. Penganjuran kolokium ini mampu untuk memenuhi kehendak pendidikan yang mahukan pendidikan berpaksikan kepada pendidikan berasaskan hasil atau outcome based education (OBE). Prof. Dr. Josu Takala, Profesor Ekonomi Pengeluaran, Vasaa University, Finland, telah dijemput sebagai penutur utama (keynote speaker) pada kolokium kali ini. Perkongsian ilmu dari beliau membuka perspektif peserta kepada keperluan dan kreativiti di dalam pendidikan. Sesi pembentangan dari para pembentang dimulakan secara serentak di 3 lokasi berbeza.  Prof. Madya Dr. Zailani bin Abdullah, Dr. Mohd Asrul Hery bin Ibrahim, Dr. Dzulkifli bin Mukhtar, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin, Prof. Madya Dr. Abu Sofian bin Yaacob telah dijemput sebagai panel pembentangan kolokium ini. Kehadiran para panel yang mana adalah merupakan pakar dalam bidang masing-masing telah memberi impak yang siknifikan kepada kolokium tersebut.

Secara keseluruhannya, penganjuran kolokium kali ini dapat menjadi titik tolak permulaan dalam pembudayaan perkongsian ilmu di kalangan pelajar dan staf MGSEB. Dengan berjayanya kolokium kali ini, pihak MGSEB ingin terus menjadikan program ini sebagai satu agenda tetap di MGSEB.

 

 

 

 

Read 26 times Last modified on Wednesday, 06 September 2017 01:56

Contact Us

 

City Campus
Malaysian Graduate School of Entrepreneurship
and Business

Universiti Malaysia Kelantan
City Campus Locked Bag 36
Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu
Kelantan

Tel : +609-771 7028
Fax : +609-771 7162
Email : mgseb@umk.edu.my

0561695
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Mont
All Days
187
320
1827
2254
4182
19007
561695

Forecast Today
408

22.50%
4.88%
1.69%
1.03%
0.06%
69.84%
Online (15 minutes ago):20
20 guests
no members

Your IP:54.156.93.60