mgseblogo
Tuesday, 15 August 2017 00:00

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "PEMBINAAN JATI DIRI DIKALANGAN PELAJAR" MGSEB DI PUSAT BIMBINGAN ILMU MASJID AL-AMIN KOTA BHARU

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "PEMBINAAN JATI DIRI
DIKALANGAN PELAJAR" 
MGSEB DI PUSAT BIMBINGAN
ILMU MASJID AL-AMIN KOTA BHARU

 Oleh : Dr. Suhaila Abdul Kadir                                                                                                                              Foto : Dr. Suhaila Abdul Kadir

 Amin1

10 Ogos 2017. Kota Bharu, Kelantan. Malaysian Graduate School of Entrepreneurship & Business (MGSEB) bersama Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan program khidmat masyarakat dengan tema “Pembinaan Jati Diri di Kalangan Pelajar”, bertempat di Pusat Bimbingan Ilmu Masjid Al-Amin, Kota Bharu. Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur seawal 10 tahun hingga 17 tahun. Program bermula dari pukul 9 pagi dan tamat kira-kira pukul 12 tengahari dengan dibantu oleh beberapa orang fasilitator daripada MGSEB FKP. Antara fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah Dr Muhamad Saufi Che Rusuli, Dr Adi Aizat Yajit, Dr Suhaila Abdul Kadir, Encik Ahmed Al-Hamdy, Dr Ainon @ Jamilah Binti Ramli, Encik Afwan Hakim Md Mahdzir, En. Mohd Khairy Bin Kamarudin, Puan Azizah Binti Musa, Pn Norzaliha Jusoh, Puan Noormariana Binti Mohd Din dan Cik Afifah Hanim Binti Md Pazil. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aktiviti lebih berbentuk kepada latihan dalam kumpulan (LDK).

Amin2

Aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan menekankan agar pelajar menjalani kehidupan berasakan adab atau etika, akhlak dan perilaku yang mulia. Semoga program inidapat memberi kesedaran kendiri kepada pelajar bahawa mereka perlu mengamalkan mutu sahsiah kendiri yang tinggi untuk menempuh hidup bermasyarakat di sekolah atau di luar sekolah sebagai seorang pelajar.

Amin3

 

Read 33 times Last modified on Tuesday, 15 August 2017 03:02

Contact Us

 

City Campus
Malaysian Graduate School of Entrepreneurship
and Business

Universiti Malaysia Kelantan
City Campus Locked Bag 36
Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu
Kelantan

Tel : +609-771 7028
Fax : +609-771 7162
Email : mgseb@umk.edu.my

0561690
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Mont
All Days
182
320
1822
2254
4177
19007
561690

Forecast Today
408

22.50%
4.88%
1.69%
1.03%
0.06%
69.84%
Online (15 minutes ago):15
15 guests
no members

Your IP:54.156.93.60