mgseblogo
Wednesday, 09 August 2017 00:00

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "MASIH ADA YANG SAYANG" MGSEB DI SMA(U) TARBIAH MARDHIAH, PANCHOR KOTA BAHRU KELANTAN

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "MASIH ADA YANG SAYANG"
MGSEB DI SMA(U) TARBIAH MARDHIAH PANCHOR KOTA BHARU

Oleh : Dr. Adi Aizat Yazid                                                                                                                       Foto : Dr Adi Aizat

WhatsApp Image 2017 08 01 at 1.10.26 PM

Pendidikan bukan sahja dapat disalurkan melalui pendidikan formal, ia juga dapat disalurkan melalui pembelajaran tidak formal dan pembelajaran bukan formal. Menyedari keperluan untuk menyalurkan pendidikan melalui pelbagai medium dan cara, pihak SMA(U) Tarbiah Mardhiah Panchor telah menjemput Malaysia Graduate School of Business and Entrepreneurship (MGSEB) bagi menjadi panel kepada program anjuran mereka yang bertemakan ‘Masih Ada Yang Sayang’. Program yang diadakan pada 1 Ogod 2017 bertempat di surau SMA(U) Tarbiah Mardhiah Panchor telah dihadiri oleh seramai kurang lebih 80 pelajar, yang rata-rata terdiri dari pelajar menengah atas.

WhatsApp Image 2017 08 01 at 8.30.42 AM

Program  ini memberi focus kepada keperluan untuk para pelajar memahami erti dan fungsi pembelajaran dan membentuk kehidupan. Tidak hanya berkisar kepada pendidikan berasaskan pen dan kertas, keperluan kepada pendidikan untuk hati dan minda perlu juga diberi perhatian, sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan para pelajar mendapat pelajaran yang dapat mebentuk peribadi mereka. Turut menjayakan program ini adalah para guru sekolah tersebut dan juga pelajar-pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) MGSEB.

 WhatsApp Image 2017 08 01 at 10.49.29 AM

Majlis dimulakan dengan ucaptama dari Pengetua sekolah, Tuan Haji Zanarudin bin Yaacob. Dalam ucaptama tersebut, beliau menegaskan akan keperluan kepada para pelajar untuk senantiasa membeirkan perhatian kepada apa juga bentuk pendidikan dan pembelajaran yang ada dalam memastikan pembanguna diri mereka tidak hanya bepaksikan kepada pendidikan berasaskan peperiksaan, tetapi pembinaan diri yang lebih menyeluruh. Program seterusnya diteruskan dengan taklimat oleh Pegawai dari Penjara Pengkalan Chepa, Tuan Fakhrurazi bin Mohammed, dengan memberi focus kepada sistem penjara dan kehidupan banduan di dalam penjara. Beliau yang juga merupakan pelajar MBA di MGSEB mendedahkan para pelajar terhadap reality sebenar di belakang tirai besi. 

WhatsApp Image 2017 08 01 at 9.14.11 AM 

Di dalam pembentangan beliau, tegasan diberikan dengan menggunakan contoh semasa kepada pelajar agar tidak mengikuti jejak mereka yang berada di belakang tirai besi, yang telah silap memilih jalan kehidupan. Agak mustahil untuk melihat masa hadapan, tetapi tidak mustahil untuk ianya berlaku dan terjadi mengikut acuan dan jalan yang dipilih oleh kita pada masa sekarang. Itu adalah diantara mesej yang jelas yang disampaikan oleh beliau.

 

 

 

 

Read 42 times Last modified on Sunday, 20 August 2017 06:00

Contact Us

 

City Campus
Malaysian Graduate School of Entrepreneurship
and Business

Universiti Malaysia Kelantan
City Campus Locked Bag 36
Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu
Kelantan

Tel : +609-771 7028
Fax : +609-771 7162
Email : mgseb@umk.edu.my

0570800
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Mont
All Days
106
376
715
2486
6076
7211
570800

Forecast Today
408

22.24%
4.88%
1.67%
1.02%
0.06%
70.13%
Online (15 minutes ago):5
5 guests
no members

Your IP:54.196.33.246