mgseblogo
Wednesday, 09 August 2017 00:00

LAWATAN KERJA MGSEB UMK KE UNIKL KUALA LUMPUR

Written by 
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN KERJA MGSEB KE UNIKL KUALA LUMPUR

Oleh : Dr. Suhaila Abdul Kadir                                                                                       Foto : Dr. Suhaila Abdul Kadir

pic1

Tanggal 20 Julai 2017, MGSEB telah mengadakan lawatan ilmiah ke UniKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur bagi membincangkan kolaborasi untuk mengadakan persidangan antarabangsa termasuk kolaborasi bersama UNISEL.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Prof Madya Dr. Nora’ani Mustapha Selaku Dekan MGSEB, serta staf akademik yang terdiri daripada Dr. Muhamad Saufi Che Rusuli, Dr. Adi Aizat Yajid, Dr. Suhaila Abdul Kadir, Dr Wan Mohd Nazdrol Bin Wan Mohd Nasir, Prof Madya Abu Sofian Yaacob dan En Ahmed Al-Hamdy.

Manakala wakil dari UniKL terdiri daripada Prof Dato’ Dr. Che Musa Che Omar selaku Ketua Penyelidikan dan Inovasi, Prof Madya Dr. Noor Haslina Yusoff, Dr. Nazatul Shima Abdul Rani  dan Dr. Zalina Zakaria.

Perbincangan diadakan secara santai di dataran bangunan Yayasan Selangor yang agak eksklusif pada pukul 12.30 tengahari dan berakhir pada pukul 2 petang dengan input yang menarik daripada kedua-dua belah pihak. Perbincangan lebih berkisar kepada cadangan tema, tempat, tarikh dan penubuhan ahli jawatankuasa persidangan konferens masing-masing.

pic2

Sebelum bertolak pulang, kumpulan MGSEB di bawa melawat bangunan di sekitar kawasan tersebut yang ternyata reka bentuknya amat unik dan eksklusif. Kumpulan MGSEB dibawa melihat pemandangan dari tingkat 33 dengan menaiki “sky bridge” yang agak moden dan canggih. Panorama Kampung Baru dapat dilihat dengan jelas semasa berada di tingkat 33 bangunan tersebut.

Ini merupakan perbincangan awal di antara MGSEB dan UniKL, akan ada lagi pertemuan susulan selepas ini yang akan diadakan di Kelantan dalam masa terdekat ini. Perbincangan susulan ini akan turut dihadiri oleh wakil dari UNISEL, selain MGSEB dan UniKL.

 

Read 32 times Last modified on Tuesday, 15 August 2017 02:21

Contact Us

 

City Campus
Malaysian Graduate School of Entrepreneurship
and Business

Universiti Malaysia Kelantan
City Campus Locked Bag 36
Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu
Kelantan

Tel : +609-771 7028
Fax : +609-771 7162
Email : mgseb@umk.edu.my

0561682
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Mont
All Days
174
320
1814
2254
4169
19007
561682

Forecast Today
408

22.50%
4.88%
1.69%
1.03%
0.06%
69.84%
Online (15 minutes ago):7
7 guests
no members

Your IP:54.156.93.60